BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 13 : Teori

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/Kaedah Mengajar/Penaksiran Pembelajaran:Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti
perbincangan dalam kumpulan.

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.


Teori Konstruktivisme

Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:


1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan

domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar


Kaedah Kooperatif

Penggunaan video dan demontrasi juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan
interaksi antara pelajar. Pelajar memang lebih suka belajar daripada rakan sebaya. Oleh itu, multimedia memang sesuai untuk pelajar aktif. Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu topik, menyelesai masalah dan membuat keputusan dan menghasilkan projek multimedia bersama. Kepakaran, pengetahuan dan pengalaman setiap ahli kumpulan akan digunakan sepenuhnya dalam proses pembelajaran tersebut


Kaedah Eksposisi atau ' Direct Instruction '

Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumatpenting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching', 'explicit instruction', 'explicit teaching', and' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:

· penerangan dan penghuraian idea dan konsep yang akan
dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.
· demonstrasi
· penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu tugasan

Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran. Dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.


Aktiviti 12 : Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian.

Kaedah Demonstrasi


Pengertian Demonstrasi (1)

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, jimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

Ciri-ciri penting

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
2. Membuat pelajar menguasai konsep
dan prinsip dengan mudah
3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah
pelaksanaan sesuatu eksperimen.
4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti5. Membolehkan pelajar
mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah


Pengertian Demonstrasi (2)

Kegiatan belajar mengajar akan lebih bersemangat apabila seorang guru dapat menggunakan metod yang menarik dan bervariasi dalam mengajar. “ Metod demonstrasi adalah cara penyajian pelajaran dengan memperagakan atau mempertunjukkan kepada peserta didik suatu proses, situasi atau benda tertentu yang sedang dipelajari baik dalam bentuk sebenarnya maupun dalam bentuk tiruan yang dipertunjukkan oleh guru atau sumber belajar lain yang ahli dalam topik bahasan “ (Mulyani Sumantri, dalam Roetiyah 2001 : 82 ). Pendapat lain menyatakan bahwa metod demonstrasi adalah cara mengajar dimana seorang instruktur atau tim guru menunjukkan, memperlihatkan suatu proses ( Roestiyah N. K 2001 : 83 ).


Penambahbaikan Mini Kajian Tindakan

Objektif :

  • Menjadikan pelajar lebih kreatif dalam mendemonstrasikan sesuatu untuk dikaitkan dengan aktiviti P&P.
Penyataan Masalah :

  • Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan seronok.

Aktiviti 11 : Tugasan 2 : Jurnal

EXAMINING AN ASSESSMENT STRATEGY ON
HIGH SCHOOL MATHEMATICS ACHIEVEMENT:
DAILY QUIZZES VS. WEEKLY TESTS
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menilai pencapaian pelajar kelas geometri di Sekolah Tinggi Hispanic dalam peperiksaan mereka. Guru menyediakan kuiz harian untuk melihat tahap pencapaian pelajar. Kuiz akan diberi 10 minit sebelum waktu pengajaran kelas tamat pada setiap hari. Kajian dijalankan selama 6 minggu untuk melihat hasilnya. Setelah diadakan peperiksaaan, didapati kaedah kuiz harian dapat meningkatkan pencapaiaan pelajar dalam subjek matematik serta meningkatkan kualiti tugasan yang dibuat.

Prosedur

Guru akan mengawasi kuiz harian pelajar yang dijalankan pada 10 minit terakhir kelas pada setiap hari. Pada permulaan kelas keesokan harinya, guru akan memulangkan kembali kuiz kepada pelajar dan akan meluangkan 5-10 minit untuk menerangkan penyelesaian untuk setiap soalan.

Penyataan masalah

Kajian dijalankan apabila didapati pencapaian dalam subjek matematik pelajar Sekolah Hispanic adalah yang terendah di dalam ujian SAT atau ACT yang dijalankan di United State. Kaedah kuiz bulanan yang dijalankan tidak begitu memberansangkan.

Setting

Kajian dijalankan ke atas 69 pelajar tahun dua sekolah tinggi. 38 perempuan dan 31 pelajar lelaki. Sekolah terletak di selatan US di dalam komuniti agak pedalaman dengan populasi 95% etnik Hispanic.

Keputusan

Penggunaan kuiz harian sebagai strategi penilaian dilihat dapat meningkatkan pencapaian pelajar matematik. Penemuan lain menunjukkan skor pelajar dalam tugasan kerja juga meningkat.

Implikasi kepada guru

Guru perlu sedar bahawa penilaian adalah strategi paling cepat untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pelajar juga seringkali berlengah untuk belajar. Jadi, penggunaan teknik kuiz harian dapat memotivasikan pelajar untuk belajar setiap hari. Juga dapat membantu pelajar untuk mengingati dalam jangka masa panjang. Selain itu, mereka juga akan lebih prihatin dengan apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu.

The National Council of The Teacher of Mathematics (NCTM) mencadangkan supaya penilaian dijalankan di dalam bilik darjah. Ianya adalah penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek matematik.

Kekerapan melakukan ujian dapat membantu pelajar untuk mengawasi cara pembelajaran mereka dengan lebih baik dengan memberikan maklumbalas segera. Kekerapan melakukan kuiz harian juga dapat membantu pelajar menguruskan masa untuk subjek tersebut. Selain itu, kuiz harian juga dapat memberi gambaran kepada subjek mana yang perlu difokus.
TEACHERS’ VIEWS OF THE EFFICACY OF INCORPORATING THE PROJECT APPROACH INTO CLASSROOM PRACTICE
WITH DIVERSE LEARNERS
Abstrak

Kajian ini memberi pengenalan kepada guru bagaimana Pendekatan Projek boleh membantu dalam menyokong pembelajaran oleh pelajar daripada budaya, ekonomi dan latar belakang bahasa yang pelbagai. Temubual sebelum dan selepas telah dilakukan dengan 7 orang guru prasekolah yang telah menghadiri sesi pembangunan profesional dalam Pendekatan Projek. Soalan temubual difokuskan kepada persepsi guru dalam menilai kemampuan pengimplementasian Pendekatan Projek kepada keperluan pengajaran pelajar yang pelbagai. Faktor persepsi guru yang memudahkan implementasi Pendekatan Projek dikaji.
Pernyataan Masalah

Kajian ini dilakukan apabila dilihat terdapat pelajar yang kurang berminat dengan apa yang diajar olehh guru tanpa melakukan sendiri dan tanpa mengalami sendiri apa yang dipelajari.

Kajian dilakukan oleh guru setelah menjalankan pemerhatian selama beberapa minggu pengajaran.

Prosedur

Kajian dijalankan ke atas pelajar pra-sekolah oleh beberapa orang guru.
Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan memberikan projek kepada setiap kumpulan. Pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyiapkan projek yang diberikan oleh guru. Contohnya, pelajar diberikan projek untuk membina replika kereta daripada bahan-bahan terbuang.

Tujuan dilakukan Pendekatan Projek ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam menyiasat sendiri topik yang dipelajari serta mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Guru akan mencari minat/perhatian pelajar dalam topik yang dipelajari dan cuba memahamkan mereka, kemudian membantu mereka membina soalan-solan yang dapat memberikan jawapan keada persoalan yang mereka kaji dan menyediakan mereka dengan pengalaman yang membantu membina pemahaman yang lebih mendalam. Dalam kerja-kerja projek, pelajar dapat peluang untuk meneroka fenomena sekitar dan menerangkan apa yang telah mereka perhatikan dan pelajari. Pengimplementasian Pendekatan Projek ini memerlukan guru lebih mengambil kira mengenai minat, kemahiran dan kemampuan pelajar semasa merancang aktiviti dan respon kepada pelajar.
Keputusan

Kesimpulan, Pendekatan Projek memberi impak yang baik kepada pelbagai pelajar, memberi motivasi diri kepada pelajar, pendedahan kepada objek/dunia sebenar dan perancangan oleh pelajar.

Implikasi kepada pelajar

Melalui pendekatan projek ini, dilihat pelajar dapat memotivasikan diri dalam meningkatkan pencapaian diri dalam akademik dan skil social. Juga dapat memperkenalkan pelajar kepada perancangan sesuatu projek serta membolehkan pelajar berinteraksi dengan objek sebenar di dalam kelas.

Aktiviti 10 : Tugasan 1 : Buku

Bincang tentang ‘mengenalpasti masalah kajian tindakan’.

Doing Your Research Project : A guide for first-time researchers in education, health and social science by Judith Bell.


Menurut buku Doing Your Research Project : A guide for first-time researchers in education, health and social science, kajian dilakukan apabila terdapat sesuatu permasalahan timbul dalam persekitaran pembelajaran. Selain itu, penulis menyatakan bahawa sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti apabila pengkaji itu sendiri prihatin terhadap sesuatu isu yang dirasakan perlu untuk diselesaikan atau dicari jalan penyelesaiannya.