BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 11 : Tugasan 2 : Jurnal

EXAMINING AN ASSESSMENT STRATEGY ON
HIGH SCHOOL MATHEMATICS ACHIEVEMENT:
DAILY QUIZZES VS. WEEKLY TESTS
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menilai pencapaian pelajar kelas geometri di Sekolah Tinggi Hispanic dalam peperiksaan mereka. Guru menyediakan kuiz harian untuk melihat tahap pencapaian pelajar. Kuiz akan diberi 10 minit sebelum waktu pengajaran kelas tamat pada setiap hari. Kajian dijalankan selama 6 minggu untuk melihat hasilnya. Setelah diadakan peperiksaaan, didapati kaedah kuiz harian dapat meningkatkan pencapaiaan pelajar dalam subjek matematik serta meningkatkan kualiti tugasan yang dibuat.

Prosedur

Guru akan mengawasi kuiz harian pelajar yang dijalankan pada 10 minit terakhir kelas pada setiap hari. Pada permulaan kelas keesokan harinya, guru akan memulangkan kembali kuiz kepada pelajar dan akan meluangkan 5-10 minit untuk menerangkan penyelesaian untuk setiap soalan.

Penyataan masalah

Kajian dijalankan apabila didapati pencapaian dalam subjek matematik pelajar Sekolah Hispanic adalah yang terendah di dalam ujian SAT atau ACT yang dijalankan di United State. Kaedah kuiz bulanan yang dijalankan tidak begitu memberansangkan.

Setting

Kajian dijalankan ke atas 69 pelajar tahun dua sekolah tinggi. 38 perempuan dan 31 pelajar lelaki. Sekolah terletak di selatan US di dalam komuniti agak pedalaman dengan populasi 95% etnik Hispanic.

Keputusan

Penggunaan kuiz harian sebagai strategi penilaian dilihat dapat meningkatkan pencapaian pelajar matematik. Penemuan lain menunjukkan skor pelajar dalam tugasan kerja juga meningkat.

Implikasi kepada guru

Guru perlu sedar bahawa penilaian adalah strategi paling cepat untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pelajar juga seringkali berlengah untuk belajar. Jadi, penggunaan teknik kuiz harian dapat memotivasikan pelajar untuk belajar setiap hari. Juga dapat membantu pelajar untuk mengingati dalam jangka masa panjang. Selain itu, mereka juga akan lebih prihatin dengan apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu.

The National Council of The Teacher of Mathematics (NCTM) mencadangkan supaya penilaian dijalankan di dalam bilik darjah. Ianya adalah penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek matematik.

Kekerapan melakukan ujian dapat membantu pelajar untuk mengawasi cara pembelajaran mereka dengan lebih baik dengan memberikan maklumbalas segera. Kekerapan melakukan kuiz harian juga dapat membantu pelajar menguruskan masa untuk subjek tersebut. Selain itu, kuiz harian juga dapat memberi gambaran kepada subjek mana yang perlu difokus.
TEACHERS’ VIEWS OF THE EFFICACY OF INCORPORATING THE PROJECT APPROACH INTO CLASSROOM PRACTICE
WITH DIVERSE LEARNERS
Abstrak

Kajian ini memberi pengenalan kepada guru bagaimana Pendekatan Projek boleh membantu dalam menyokong pembelajaran oleh pelajar daripada budaya, ekonomi dan latar belakang bahasa yang pelbagai. Temubual sebelum dan selepas telah dilakukan dengan 7 orang guru prasekolah yang telah menghadiri sesi pembangunan profesional dalam Pendekatan Projek. Soalan temubual difokuskan kepada persepsi guru dalam menilai kemampuan pengimplementasian Pendekatan Projek kepada keperluan pengajaran pelajar yang pelbagai. Faktor persepsi guru yang memudahkan implementasi Pendekatan Projek dikaji.
Pernyataan Masalah

Kajian ini dilakukan apabila dilihat terdapat pelajar yang kurang berminat dengan apa yang diajar olehh guru tanpa melakukan sendiri dan tanpa mengalami sendiri apa yang dipelajari.

Kajian dilakukan oleh guru setelah menjalankan pemerhatian selama beberapa minggu pengajaran.

Prosedur

Kajian dijalankan ke atas pelajar pra-sekolah oleh beberapa orang guru.
Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan memberikan projek kepada setiap kumpulan. Pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyiapkan projek yang diberikan oleh guru. Contohnya, pelajar diberikan projek untuk membina replika kereta daripada bahan-bahan terbuang.

Tujuan dilakukan Pendekatan Projek ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam menyiasat sendiri topik yang dipelajari serta mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Guru akan mencari minat/perhatian pelajar dalam topik yang dipelajari dan cuba memahamkan mereka, kemudian membantu mereka membina soalan-solan yang dapat memberikan jawapan keada persoalan yang mereka kaji dan menyediakan mereka dengan pengalaman yang membantu membina pemahaman yang lebih mendalam. Dalam kerja-kerja projek, pelajar dapat peluang untuk meneroka fenomena sekitar dan menerangkan apa yang telah mereka perhatikan dan pelajari. Pengimplementasian Pendekatan Projek ini memerlukan guru lebih mengambil kira mengenai minat, kemahiran dan kemampuan pelajar semasa merancang aktiviti dan respon kepada pelajar.
Keputusan

Kesimpulan, Pendekatan Projek memberi impak yang baik kepada pelbagai pelajar, memberi motivasi diri kepada pelajar, pendedahan kepada objek/dunia sebenar dan perancangan oleh pelajar.

Implikasi kepada pelajar

Melalui pendekatan projek ini, dilihat pelajar dapat memotivasikan diri dalam meningkatkan pencapaian diri dalam akademik dan skil social. Juga dapat memperkenalkan pelajar kepada perancangan sesuatu projek serta membolehkan pelajar berinteraksi dengan objek sebenar di dalam kelas.

0 comments: