Definisi Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.
Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta samada secara individu atau kolaboratif terhadap maslah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Konsep Kajian Tindakan
Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.
McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.
Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Model-model Kajian Tindakan
1. Model Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)
Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan.
Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan
2. Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami.
Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal
Saturday, November 7, 2009
Tugasan Kelas : Nota
Posted by Hazwani Mohamed Rozi at 12:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment