BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 7, 2009

Tugasan 3 : Laporan Pembentangan Kolokium Senior

Laporan 1

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4EA/PD1 MELALUI TEKNIK MENTOR MENTEE

Oleh : Nurul Syuhada Mohd Muzni, Norbasirah Saodi dan Ahmad Fadli Mokhtar
SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka
Bilik Perdana B


Pernyataan Masalah

Kajian ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam.

Metodologi Kajian

Kajian tindakan ini menggunakan Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai rujukan. Ia melibatkan proses :-
Refleksi – iaitu proses mengenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
Perancangan - menggunakan teknik mentor mentee sebagai satu kaedah.
Tindakan - membimbing dan memantau pelajar yang lemah.
Pemerhatian – terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi.

Setting kajian dilakukan di Sekolah Menegah Kebangsaan Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.

Kajian ini dijalankan menggunakan 6 orang pelajar sebagai sampel. Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan terpilih.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Kajian ini telah dibuat menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data. Antaranya kaedah-kaedahnya ialah ujian saringan, pemerhatian dan temubual.

Berdasarkan kajian yang dibuat, ujian saringan dijalankan ke atas pelajar dengan memberikan lembaran kerja dalam tulisan jawi. Kemudian, pelajar tersebut diasingkan mengikut tahap pencapaian masing-masing. Hanya pelajar lemah sahaja akan dijadikan sampel untuk kajian ini. Pemerhatian dibuat terhadap perubahan tingkah laku pelajar-pelajar tersebut sebelum dan selepas teknik mentor-mentee dijalankan. Temubual dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik mentor-mentee yang telah digunakan itu.

Pada minggu pertama, pelajar tidak menunjukkan minat untuk belajar. Tetapi pada minggu kedua, minat semakin ditunjukkan sehingga mingggu ketiga. Respon daripada pelajar juga mengatakan bahawa teknik mentor-mentee ini sangat menyeronokkan dan dapat membantu meningkatkan penguasaan tulisan jawi mereka.

Implikasi Kajian

Pelajar berasa seronok dengan teknik mentor-mentee yang digunakan oleh guru dalam meningkatkan penguasaan tulisan jawi mereka. Kaedah ini membantu mereka untuk lebih mesra dan dekat dengan guru-guru, juga mengurangkan rasa malu pelajar untuk bertanya kepada guru mereka.

Faedah yang diperolehi

Kaedah mentor-mentee yang digunakan dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam tulisan jawi dalam suasana yang menyeronokkan. Ini dapat memberikan impak yang cepat kepada pelajar.
Potensi dan kelemahan pelajar juga dapat dicungkil/dikesan oleh guru-guru yang menjadi mentor kepada pelajar-pelajar tersebut.


Laporan 2

MENINGKATKAN MINAT DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH IQRA’

Disediakan Oleh : Halina Binti Yusof (P48583), Norsyariah Binti Sirun (P48694)
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang.

Pernyataan Masalah

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan tahap penguasaan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua yang lemah dalam membaca Al-Quran supaya mereka dapat menguasai dan memperbaiki bacaan mereka dengan baik dan lancar.

Metodologi kajian

Kajian ini melibatkan 2 kitaran. Pada kitaran pertama, pengkaji mengenalpasti masalah, merancang apa yang ingin dibuat serta melaksanakannya. Kemudian melakukan pemerhatian dan refleksi. Pada kitaran kedua pula, pengkaji merancang, melaksana, membuat pemerhatian dan akhir sekali refleksi.

Sampel adalah 5 orang pelajar lelaki SMKSAS yang terdiri daripada 4 orang pelajar tingkatan 1 dan seorang pelajar tingkatan 2.

Tempoh kajian dijalankan ialah selama sebulan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang. Sebelum perancangan untuk tindakan dilakukan, tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian dan temubual bersama guru pembimbing dan pelajar bertujuan untuk mengenalpasti serta mengetahui kebolehan pelajar dalam kemahiran membaca al-Quran. Pengumpulan data dibuat melalui pemerhatian, temubual tidak berstruktur dan ujian bacaan.
Penganalisisan data menunjukkan bahawa kaedah Iqra’ berjaya meningkatkan minat pelajar untuk mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan baris yang terdapat dalam al-Quran dengan cepat serta membantu pelajar supaya dapat menguasai membaca al-Quran dengan baik dan praktikal.

Implikasi kajian

Kajian ini menunjukkan dengan adanya kelas Iqra’ pelajar dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan sifat keyakinan dalam diri pelajar untuk menulis huruf hijaiyyah serta membaca al-Quran.

Faedah yang diperolehi

Pelajar dapat mempelajari kaedah lain iaitu melalui kelas Iqra’ dalam proses membaca dan menguasai al-Quran.

Pelajar lebih seronok dengan kaedah yang digunakan dan dapat mengenal huruf dengan cepat dan mudah.

Dapat menimbulkan minat pelajar mempelajari al-Quran dengan lebih mendalam.

0 comments: