BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 13 : Teori

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/Kaedah Mengajar/Penaksiran Pembelajaran:Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:

Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti
perbincangan dalam kumpulan.

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.


Teori Konstruktivisme

Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:


1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan

domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar


Kaedah Kooperatif

Penggunaan video dan demontrasi juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan
interaksi antara pelajar. Pelajar memang lebih suka belajar daripada rakan sebaya. Oleh itu, multimedia memang sesuai untuk pelajar aktif. Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu topik, menyelesai masalah dan membuat keputusan dan menghasilkan projek multimedia bersama. Kepakaran, pengetahuan dan pengalaman setiap ahli kumpulan akan digunakan sepenuhnya dalam proses pembelajaran tersebut


Kaedah Eksposisi atau ' Direct Instruction '

Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumatpenting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching', 'explicit instruction', 'explicit teaching', and' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:

· penerangan dan penghuraian idea dan konsep yang akan
dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar.
· demonstrasi
· penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu tugasan

Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran. Dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.


Aktiviti 12 : Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan, objektif kajian.

Kaedah Demonstrasi


Pengertian Demonstrasi (1)

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, jimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

Ciri-ciri penting

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
2. Membuat pelajar menguasai konsep
dan prinsip dengan mudah
3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah
pelaksanaan sesuatu eksperimen.
4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti5. Membolehkan pelajar
mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah


Pengertian Demonstrasi (2)

Kegiatan belajar mengajar akan lebih bersemangat apabila seorang guru dapat menggunakan metod yang menarik dan bervariasi dalam mengajar. “ Metod demonstrasi adalah cara penyajian pelajaran dengan memperagakan atau mempertunjukkan kepada peserta didik suatu proses, situasi atau benda tertentu yang sedang dipelajari baik dalam bentuk sebenarnya maupun dalam bentuk tiruan yang dipertunjukkan oleh guru atau sumber belajar lain yang ahli dalam topik bahasan “ (Mulyani Sumantri, dalam Roetiyah 2001 : 82 ). Pendapat lain menyatakan bahwa metod demonstrasi adalah cara mengajar dimana seorang instruktur atau tim guru menunjukkan, memperlihatkan suatu proses ( Roestiyah N. K 2001 : 83 ).


Penambahbaikan Mini Kajian Tindakan

Objektif :

  • Menjadikan pelajar lebih kreatif dalam mendemonstrasikan sesuatu untuk dikaitkan dengan aktiviti P&P.
Penyataan Masalah :

  • Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan seronok.

Aktiviti 11 : Tugasan 2 : Jurnal

EXAMINING AN ASSESSMENT STRATEGY ON
HIGH SCHOOL MATHEMATICS ACHIEVEMENT:
DAILY QUIZZES VS. WEEKLY TESTS
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menilai pencapaian pelajar kelas geometri di Sekolah Tinggi Hispanic dalam peperiksaan mereka. Guru menyediakan kuiz harian untuk melihat tahap pencapaian pelajar. Kuiz akan diberi 10 minit sebelum waktu pengajaran kelas tamat pada setiap hari. Kajian dijalankan selama 6 minggu untuk melihat hasilnya. Setelah diadakan peperiksaaan, didapati kaedah kuiz harian dapat meningkatkan pencapaiaan pelajar dalam subjek matematik serta meningkatkan kualiti tugasan yang dibuat.

Prosedur

Guru akan mengawasi kuiz harian pelajar yang dijalankan pada 10 minit terakhir kelas pada setiap hari. Pada permulaan kelas keesokan harinya, guru akan memulangkan kembali kuiz kepada pelajar dan akan meluangkan 5-10 minit untuk menerangkan penyelesaian untuk setiap soalan.

Penyataan masalah

Kajian dijalankan apabila didapati pencapaian dalam subjek matematik pelajar Sekolah Hispanic adalah yang terendah di dalam ujian SAT atau ACT yang dijalankan di United State. Kaedah kuiz bulanan yang dijalankan tidak begitu memberansangkan.

Setting

Kajian dijalankan ke atas 69 pelajar tahun dua sekolah tinggi. 38 perempuan dan 31 pelajar lelaki. Sekolah terletak di selatan US di dalam komuniti agak pedalaman dengan populasi 95% etnik Hispanic.

Keputusan

Penggunaan kuiz harian sebagai strategi penilaian dilihat dapat meningkatkan pencapaian pelajar matematik. Penemuan lain menunjukkan skor pelajar dalam tugasan kerja juga meningkat.

Implikasi kepada guru

Guru perlu sedar bahawa penilaian adalah strategi paling cepat untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. Pelajar juga seringkali berlengah untuk belajar. Jadi, penggunaan teknik kuiz harian dapat memotivasikan pelajar untuk belajar setiap hari. Juga dapat membantu pelajar untuk mengingati dalam jangka masa panjang. Selain itu, mereka juga akan lebih prihatin dengan apa yang mereka tahu dan apa yang mereka tidak tahu.

The National Council of The Teacher of Mathematics (NCTM) mencadangkan supaya penilaian dijalankan di dalam bilik darjah. Ianya adalah penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek matematik.

Kekerapan melakukan ujian dapat membantu pelajar untuk mengawasi cara pembelajaran mereka dengan lebih baik dengan memberikan maklumbalas segera. Kekerapan melakukan kuiz harian juga dapat membantu pelajar menguruskan masa untuk subjek tersebut. Selain itu, kuiz harian juga dapat memberi gambaran kepada subjek mana yang perlu difokus.
TEACHERS’ VIEWS OF THE EFFICACY OF INCORPORATING THE PROJECT APPROACH INTO CLASSROOM PRACTICE
WITH DIVERSE LEARNERS
Abstrak

Kajian ini memberi pengenalan kepada guru bagaimana Pendekatan Projek boleh membantu dalam menyokong pembelajaran oleh pelajar daripada budaya, ekonomi dan latar belakang bahasa yang pelbagai. Temubual sebelum dan selepas telah dilakukan dengan 7 orang guru prasekolah yang telah menghadiri sesi pembangunan profesional dalam Pendekatan Projek. Soalan temubual difokuskan kepada persepsi guru dalam menilai kemampuan pengimplementasian Pendekatan Projek kepada keperluan pengajaran pelajar yang pelbagai. Faktor persepsi guru yang memudahkan implementasi Pendekatan Projek dikaji.
Pernyataan Masalah

Kajian ini dilakukan apabila dilihat terdapat pelajar yang kurang berminat dengan apa yang diajar olehh guru tanpa melakukan sendiri dan tanpa mengalami sendiri apa yang dipelajari.

Kajian dilakukan oleh guru setelah menjalankan pemerhatian selama beberapa minggu pengajaran.

Prosedur

Kajian dijalankan ke atas pelajar pra-sekolah oleh beberapa orang guru.
Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan memberikan projek kepada setiap kumpulan. Pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyiapkan projek yang diberikan oleh guru. Contohnya, pelajar diberikan projek untuk membina replika kereta daripada bahan-bahan terbuang.

Tujuan dilakukan Pendekatan Projek ini adalah untuk melibatkan pelajar dalam menyiasat sendiri topik yang dipelajari serta mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Guru akan mencari minat/perhatian pelajar dalam topik yang dipelajari dan cuba memahamkan mereka, kemudian membantu mereka membina soalan-solan yang dapat memberikan jawapan keada persoalan yang mereka kaji dan menyediakan mereka dengan pengalaman yang membantu membina pemahaman yang lebih mendalam. Dalam kerja-kerja projek, pelajar dapat peluang untuk meneroka fenomena sekitar dan menerangkan apa yang telah mereka perhatikan dan pelajari. Pengimplementasian Pendekatan Projek ini memerlukan guru lebih mengambil kira mengenai minat, kemahiran dan kemampuan pelajar semasa merancang aktiviti dan respon kepada pelajar.
Keputusan

Kesimpulan, Pendekatan Projek memberi impak yang baik kepada pelbagai pelajar, memberi motivasi diri kepada pelajar, pendedahan kepada objek/dunia sebenar dan perancangan oleh pelajar.

Implikasi kepada pelajar

Melalui pendekatan projek ini, dilihat pelajar dapat memotivasikan diri dalam meningkatkan pencapaian diri dalam akademik dan skil social. Juga dapat memperkenalkan pelajar kepada perancangan sesuatu projek serta membolehkan pelajar berinteraksi dengan objek sebenar di dalam kelas.

Aktiviti 10 : Tugasan 1 : Buku

Bincang tentang ‘mengenalpasti masalah kajian tindakan’.

Doing Your Research Project : A guide for first-time researchers in education, health and social science by Judith Bell.


Menurut buku Doing Your Research Project : A guide for first-time researchers in education, health and social science, kajian dilakukan apabila terdapat sesuatu permasalahan timbul dalam persekitaran pembelajaran. Selain itu, penulis menyatakan bahawa sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti apabila pengkaji itu sendiri prihatin terhadap sesuatu isu yang dirasakan perlu untuk diselesaikan atau dicari jalan penyelesaiannya.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 : Mini KT

Tajuk Kajian : Kaedah Video dan Demonstrasi dalam P&P

Matlamat Kajian:

Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan kaedah video dan demontrasi bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT.

Objektif kajian:

1. Untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2. Meneroka penggunaan pengunaan kaedah video serta demontrasi dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT

Persoalan Kajian:

1. Adakah kaedah video dan demontrasi dapat menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?
2. Adakah kaedah pembelajaran penggunaan video dan demontrasi dapat meningkatkat penguasaan mereka dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT.

Tugasan 8 : Cadangan Mengatasi Kelemahan “Dalam Kajian Kaedah Video dan Demonstrasi dalam P&P

1. Guru-guru hanya perlu menunjukkan tanyangan video serta demonstrasi mengenai perkara asas dan kemudian meminta pelajar meneroka sendiri isi-isi kandungan tambahan.
2. Bagi pelajar yang mengalami masalah pendengaran, guru-guru perlu menerangkan dengan teliti apa yang akan ditunjukkan dalam video tersebut sebelum ianya dipertontonkan. Jadi pelajar akan lebih bersedia dan dapat menghayati video serta demonstrasi tersebut dengan teliti.
3. Kelengkapan serta peralatan yang digunakan perlu diperiksa dan disediakan sebelum sesi pengajaran dimulakan.

Tugasan 7 : Kelemahan Pengajaran Kelemahan “Dalam Kajian Kaedah Video dan Demonstrasi dalam P&P

Individu :

1. Untuk pelajar yang mengalami masalah pendengaran, mereka tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan di dalam rakaman video tersebut. Jadi lebih penerangan perlu diberikan kepada mereka untuk pemahaman yang lebih jelas.

Kumpulan :

1. Kekurangan peralatan yang diperlukan untuk memainkan klip-klip video serta membuat demonstrasi boleh menyebabkan sesi pengajaran menggunakan video terganggu.
2. pelajar lebih tertarik kepada video yg ditayangkan berbanding isi yang ingin disampaikan.

Pasukan luar :

1. Kelemahan penggunaan video dlm P&P nie menyebabkan pelajar terlalu bergantung pada sumber tersebut. Pelajar hanya tertumpu kepada isi kandungan dlm video itu sahaja tanpa membuat rujukan lain.

Tugasan 6 : Kekuatan Pengajaran “Dalam Kajian Penggunaan Video serta Kaedah Demonstrasi dalam P&P Bahasa Melayu dan ICT”.

Individu :

1. Maklumat lebih realistik. Menyerupai keadaan sebenar. Pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.
2. Mampu merangsang pelbagai deria. Video media dinamik hasil jalinan pelbagai media lain (audio, grafik, animasi dll). Mampu meningkatkan keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej dengan lebih mudah dan berkesan.
3. Memudahkan proses pengulangan. Menerusi video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Contohnya : Penerangan tentang sesuatu eksperimen di makmal boleh dirakamkan dan kemudian dipaparkan kembali kepada pelajar pada bila-bila masa. Membentuk kefahaman yang lebih mendalam.
4. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar.


Kumpulan :

1. Mampu meraih emosi dan mengubah sikap. Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi berbanding media lain yang statik sifatnya.
2. Mampu menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar. Mampu dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Boleh memainkan video, memberhentikan atau mengulang kembali klip-klip video mengikut keperluan dan tahap kemahiran masing-masing. Membolehkan sesuatu proses pembelajaran dilakukan mengkut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya keperluan tenaga pelajar semata-mata.
3. Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Demonstrasi, tutorial tunjuk ajar, kemahiran menggunakan sesuatu peralatan dan pengendalian perkakasan dapat dipelajari dengan lebih mudah. Bantu proses kefahaman dan membentuk kemahiran ynag diperlukan dengan lebih pantas dan berkesan.
4. Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Penyediaan elemen video perlukan perkakasan dan perisian khas yang agak tinggi kosnya. Namun merupakan pelaburan yang bijak jangka panjang kerana mampu menjimatkan masa, tenaga dan kos. Persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh panjang dapat diringkaskan kerana klip-klip video awal yang berkaitan dapat disediakan lebih awal. Penerangan panjang lebar dan meleret-leret tidak diperlukan lagi kerana video mampu melakukan penjelasan yang lebih baik. (visual dan audio)

Pasukan luar :

1. Guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada pelajar cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.

Friday, November 13, 2009

Tugasan 2 : Ulasan Jurnal


EXAMINING AN ASSESSMENT STRATEGY ON
HIGH SCHOOL MATHEMATICS ACHIEVEMENT:
DAILY QUIZZES VS. WEEKLY TESTS



Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menilai pencapaian pelajar kelas geometri di Sekolah Tinggi Hispanic dalam peperiksaan mereka. Guru menyediakan kuiz harian untuk melihat tahap pencapaian pelajar. Kuiz akan diberi 10 minit sebelum waktu pengajaran kelas tamat pada setiap hari. Kajian dijalankan selama 6 minggu untuk melihat hasilnya. Setelah diadakan peperiksaaan, didapati kaedah kuiz harian dapat meningkatkan pencapaiaan pelajar dalam subjek matematik serta meningkatkan kualiti tugasan yang dibuat.


TEACHERS’ VIEWS OF THE EFFICACY OF INCORPORATING THE PROJECT APPROACH INTO CLASSROOM PRACTICE WITH DIVERSE LEARNERS


Abstrak

Kajian ini memberi pengenalan kepada guru bagaimana Pendekatan Projek boleh membantu dalam menyokong pembelajaran oleh pelajar daripada budaya, ekonomi dan latar belakang bahasa yang pelbagai. Temubual sebelum dan selepas telah dilakukan dengan 7 orang guru prasekolah yang telah menghadiri sesi pembangunan profesional dalam Pendekatan Projek. Soalan temubual difokuskan kepada persepsi guru dalam menilai kemampuan pengimplementasian Pendekatan Projek kepada keperluan pengajaran pelajar yang pelbagai. Faktor persepsi guru yang memudahkan implementasi Pendekatan Projek dikaji.

Tugasan 5 : Bincangkan mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan sedia ada, merancang tindakan, melakukan tindakan, merefleksi tindakan dan membuat penambahbaikan. Ia boleh dilakukan dalam beberapa kitaran sehingga ia mantap atau menjadi satu habit yang baik dan mantap.

Guru Pelatih

1.) Meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
2.) Mengenalpasti punca masalah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas yang kurang efektif
3.) Kajian tindakan melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar, maka penekanan kajian tindakan adalah masalah praktik dan bukanya masalah teori.


Guru Novis

1.) Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
2.) Guru perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambah pengetahuan dan melaku penambahbaikan terhadap sesuatu amalan
3.) Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.


Guru Berpengalaman

1.) Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia mengubah amalan

2.) Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan

3.) Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
4.) Hasil kajian oleh guru berpengalaman dan pakar boleh diterbitkan dan dijadikan panduan oleh guru lain terutamanya guru pelatih dan novis

Tugasan 4 : Mini Kajian Tindakan

Tajuk :

Kaedah Video dan Demonstrasi P&P.

Tujuan :

1.) Untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari.
2.) Memberi gambaran sebenar kepada pelajar bagaimana sesuatu bentuk pengajaran tu
dilakukan.

Saturday, November 7, 2009

Tugasan 1 : Ulasan Buku Kajian Tindakan

Tajuk Buku : Doing your Research Ptoject : A guide for first-time researchers in education, health and social science. (4th Edition)
Penulis : Judith Bell
Tahun : 2005

Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan yang dilakukan apabila satu pengetahuan yang spesifik diperlukan untuk sesuatu masalah dalam satu-satu situasi atau apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem yang sedia ada.

Mengapa Kajian Tindakan perlu dilakukan?

• Untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku.
• Untuk mendapatkan teknik yang sesuai dalam proses pembelajaran.

Bila Kajian Tindakan ini dilakukan?

• Apabila berlaku sesuatu permasalahan.
• Apabila terdapat pendekatan beru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.

Bagaimana Kajian Tindakan dilakukan?

• Mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
• Mengetahui / merancang apa yang ingin dikaji.
• Membuat eksperimen atau survey untuk kajian tersebut.
• Melakukan pengumpulan dan penganalisissan data.


Tajuk Buku : A Handbook for Teacher Research from Design to Impelmentation.
Penulis : Colin Lankshear & Michele Knobel
Tahun : 2004

Kajian tindakan telah direka dan diguna pakai secara meluas kerana tingkah laku dalam kelas adalah datangnya dari kajian yang telah dijalankan berdasarkan kajian secara terperinci dan pendekatan kepada sain sosial.


Kajian tindakan ini dilakukan kerana ingin meningkatkan professionalisma guru dan melahirkan guru yang berkualiti unuk mengajar dan belajar di dalam kelas. Selain itu, guru haruslah menghargai kajian yang telah dijalankan dan faham tujuan kajian itu dijalankan. Ini penting kerana apabila guru memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi, mereka dapat mencari punca masalah tersebut dengan berkesan. Disamping itu, guru juga akan lebih prihatin dengan perjalanan proses di sekolah kerana guru tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah dengan pelajar.

Guru melakukan kajian tindakan apabila guru ingin mengetahui samada pengajarannya di dalam kelas memberi perkembangan yang baik atau tidak kepada pelajar dan apabila guru ingin mengkaji cara pengajarannya sendiri dan ingin mengesahkan kajian-kajian yang telah dilakukan

Tugasan Kelas : Nota

Definisi Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta samada secara individu atau kolaboratif terhadap maslah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Konsep Kajian Tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Model-model Kajian Tindakan

1. Model Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)


Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan.

Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan

2. Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)



Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami.

Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal

Tugasan 3 : Laporan Pembentangan Kolokium Senior

Laporan 1

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN JAWI DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4EA/PD1 MELALUI TEKNIK MENTOR MENTEE

Oleh : Nurul Syuhada Mohd Muzni, Norbasirah Saodi dan Ahmad Fadli Mokhtar
SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka
Bilik Perdana B


Pernyataan Masalah

Kajian ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4EA/PD1 bagi mata pelajaran pendidikan Islam.

Metodologi Kajian

Kajian tindakan ini menggunakan Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai rujukan. Ia melibatkan proses :-
Refleksi – iaitu proses mengenalpasti pelajar yang lemah penguasaan jawi
Perancangan - menggunakan teknik mentor mentee sebagai satu kaedah.
Tindakan - membimbing dan memantau pelajar yang lemah.
Pemerhatian – terdapat peningkatan dari segi penguasaan jawi.

Setting kajian dilakukan di Sekolah Menegah Kebangsaan Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka.

Kajian ini dijalankan menggunakan 6 orang pelajar sebagai sampel. Pemilihan sampel dilakukan secara persampelan terpilih.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Kajian ini telah dibuat menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpulkan data. Antaranya kaedah-kaedahnya ialah ujian saringan, pemerhatian dan temubual.

Berdasarkan kajian yang dibuat, ujian saringan dijalankan ke atas pelajar dengan memberikan lembaran kerja dalam tulisan jawi. Kemudian, pelajar tersebut diasingkan mengikut tahap pencapaian masing-masing. Hanya pelajar lemah sahaja akan dijadikan sampel untuk kajian ini. Pemerhatian dibuat terhadap perubahan tingkah laku pelajar-pelajar tersebut sebelum dan selepas teknik mentor-mentee dijalankan. Temubual dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap teknik mentor-mentee yang telah digunakan itu.

Pada minggu pertama, pelajar tidak menunjukkan minat untuk belajar. Tetapi pada minggu kedua, minat semakin ditunjukkan sehingga mingggu ketiga. Respon daripada pelajar juga mengatakan bahawa teknik mentor-mentee ini sangat menyeronokkan dan dapat membantu meningkatkan penguasaan tulisan jawi mereka.

Implikasi Kajian

Pelajar berasa seronok dengan teknik mentor-mentee yang digunakan oleh guru dalam meningkatkan penguasaan tulisan jawi mereka. Kaedah ini membantu mereka untuk lebih mesra dan dekat dengan guru-guru, juga mengurangkan rasa malu pelajar untuk bertanya kepada guru mereka.

Faedah yang diperolehi

Kaedah mentor-mentee yang digunakan dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam tulisan jawi dalam suasana yang menyeronokkan. Ini dapat memberikan impak yang cepat kepada pelajar.
Potensi dan kelemahan pelajar juga dapat dicungkil/dikesan oleh guru-guru yang menjadi mentor kepada pelajar-pelajar tersebut.


Laporan 2

MENINGKATKAN MINAT DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR DALAM KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH IQRA’

Disediakan Oleh : Halina Binti Yusof (P48583), Norsyariah Binti Sirun (P48694)
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang.

Pernyataan Masalah

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan tahap penguasaan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua yang lemah dalam membaca Al-Quran supaya mereka dapat menguasai dan memperbaiki bacaan mereka dengan baik dan lancar.

Metodologi kajian

Kajian ini melibatkan 2 kitaran. Pada kitaran pertama, pengkaji mengenalpasti masalah, merancang apa yang ingin dibuat serta melaksanakannya. Kemudian melakukan pemerhatian dan refleksi. Pada kitaran kedua pula, pengkaji merancang, melaksana, membuat pemerhatian dan akhir sekali refleksi.

Sampel adalah 5 orang pelajar lelaki SMKSAS yang terdiri daripada 4 orang pelajar tingkatan 1 dan seorang pelajar tingkatan 2.

Tempoh kajian dijalankan ialah selama sebulan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Klang. Sebelum perancangan untuk tindakan dilakukan, tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian dan temubual bersama guru pembimbing dan pelajar bertujuan untuk mengenalpasti serta mengetahui kebolehan pelajar dalam kemahiran membaca al-Quran. Pengumpulan data dibuat melalui pemerhatian, temubual tidak berstruktur dan ujian bacaan.
Penganalisisan data menunjukkan bahawa kaedah Iqra’ berjaya meningkatkan minat pelajar untuk mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan baris yang terdapat dalam al-Quran dengan cepat serta membantu pelajar supaya dapat menguasai membaca al-Quran dengan baik dan praktikal.

Implikasi kajian

Kajian ini menunjukkan dengan adanya kelas Iqra’ pelajar dapat belajar membaca al-Quran dengan cepat dan praktikal. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan sifat keyakinan dalam diri pelajar untuk menulis huruf hijaiyyah serta membaca al-Quran.

Faedah yang diperolehi

Pelajar dapat mempelajari kaedah lain iaitu melalui kelas Iqra’ dalam proses membaca dan menguasai al-Quran.

Pelajar lebih seronok dengan kaedah yang digunakan dan dapat mengenal huruf dengan cepat dan mudah.

Dapat menimbulkan minat pelajar mempelajari al-Quran dengan lebih mendalam.

Wednesday, October 28, 2009

Tugasan Kelas : Mengapakah Kajian Tindakan Penting Bagi Setiap Guru?

1. Kajian tindakan penting sebagai penambahbaikan teknik pengajaran setiap guru pada masa
depan.
2. Untuk memastikan method yang digunakan selari dengan perkembangan semasa pelajar dan
arus pendidikan.
3. Untuk mengenalpasti kelemahan yang ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Untuk mencipta kaedah-kaedah atau teknik-teknik baru yang boleh digunapakai oleh guru
untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
5. Meningkatkan pengetahuan dan kualiti seseorang guru dalam pendidikan.
6. Sebagai satu penyelidikan kepada guru-guru untuk lebih memahami perubahan sikap pelajar-
pelajar mereka serta memikirkan cara yang bole digunakan untuk mengatasi masalah yang
dihadapi.
7. Kajian tindakan juga dapat dijadikan batu loncatan untuk guru mendebatkan sesuatu polisi
atau resolusi.
8. Dengan adanya kajian tindakan, mutu pendidikan dapat ditingkatkan selari dengan kehendak
falsafah pendidikan negara. Menyebatikan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.
9. Kajian tindakan yang dibuat juga boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru lain untuk
memperbaiki atau menambahbaik apa yang perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
10. Kajian tindakan juga merupakan salah satu proses dalam menjadikan pendidikan sepanjang
hayat sebagai pemangkin dalam kehidupan seorang guru.